Tuesday, 18 September 2012

Pasangan Pelajar Kantoi Dirakam Ketika Membuat Projek

| | 0 comments »
Ini merupakan gambar yang diambil melalui cctv, pasangan Cina kantoi buat maksiat di dalam dewan, kedua2 mereka merupakan pelajar Hebei Politeknik Kolej Industri. Asyik "bermain" dalam dewan kuliah tak sedar diri dirakam oleh kamera litar tertutup.


Lagi GAMBAR?...

Monday, 17 September 2012

(8 Gambar) Anak Antonio Banderas Dan Melanie Griffith Memang Cun

| | 0 comments »

Wah.... boleh tahan anak dara tunggal Antonio Banderas (52) dan Melanie Griffith (55) ini. Stella del Carmen Banderas Griffith (16) pernah berlakon dalam sebuah sahaja filem iaitu Crazy in Alabama bersama ibu beliau. Not bad. Harap dah tua tidak gila melakukan teknik "mengambil wudu'" untuk mengekalkan muka cekang dan muda beliau seperti ibu beliau. Just faham je la.

Lagi GAMBAR?...

(9 Gambar) Selena Gomez Yang Cute

| | 0 comments »

Lama tak dengar khabar dari Selena Gomez a.k.a awek Justin Bieber. Semalam beliau menghadiri majli tayangan surung filem terbaru beliau Spring Breakers di Venice. Filem ini turut dibintangi rakan Disney beliau Vanessa Hudgens.

Lagi GAMBAR?...

(7 Gambar) Peserta America's Next Top Model Kini Penagih Tegar

| | 0 comments »

Jael Strauss (28) ialah peserta musim ke 8 yang kami ingat sangat kerana beliau bersuara serak basah dan mempunyai masalah peribadi. Beliau mengaku mempunyai masalah penggunaan dadah dan ketika rancangan dirakam seorang teman beliau meninggal dunia kerana overdose. Ini cerita 6 tahun dahulu dan kami terkejut apabila membaca laporan berita Jael kini hidup sebagai seorang gelandangan kerana ketagihan dadah jenis Methampehtamine yang tegar. Beliau dahulu seorang wanita yang kurus tetapi kini kelihatan semakin kurus seperti banduan kem Auschwitz . Kulit muka dan badan beliau kini dipenuhi parut dan keruping yang merupakan kesan penggunaan Meth jangka panjang.


Beliau kini cuba diselamatkan abang dan ibu beliau dari terus hidup sebagai seorang penagih. Dengan bantuan Dr Phil (doktor yang kerap muncul di dalam rancangan OPRAH) , keluarag Jael berharap beliau dapat diselamatkan sebelum meninggal dunia. Kami di Blogserius berharap beliau dapat membebaskan diri dari terus dibelenggu ketagihan meth. Walaupun kami tidak minat beliau ketika muncul di dalam ANTM, kami tak sanggup melihat perubahan fizikal beliau yang sangat sedih.
Lagi GAMBAR?....

Fakta - Senarai 10 Universiti Yang Terbaik Dunia 2012

| | 0 comments »

Carta IPT

Ini dia carta IPT terbaik dunia untuk tahun 2012......... kalau kamu kenal sesiapa pernah belajar di sini sila tepuk tangan. Bukan sengaja nak buat kecoh tapi mereka memang sangat pandai!



Lagi Foto Pengacara TV Yang Memalukan Tersebar

| | 0 comments »

Kadang-kadang kami rasa cam tertipu plak ye. Betul jugak kata orang, ” Dont judge a book by it cover ” .. tapi bidalan ni selalunya menyeru kita supaya tidak memikirkan yang buruk-buruk mengenai seseorang. Tapi bidalan ni juga kadang-kala menyebabkan kita menyilap tafsir kepada seseorang yang dikaca tv pijak semut pon tak mati.. Punye la sopan santun.. kalau keluar kat MHI atau Medik TV tu, abis semua mak nenek kat Malaysia ni mengidam nak jadikan menantu.. tapi lepas nengok gambar-gambar yang kami akan dedahkan ni, pastinya mak nenek di Malaysia ni akan menganggap mimpi ngeri je la jadikan that girl menantu.. Hoh!! Hipokrit sungguh!! buat topic khas dalam rancangan Sensasi kat TV3 bagus ni. Kasi hentam personality satu bumbung!! Hehe..

Lagi GAMBAR?...

Zed Zaidi Seperti Menepuk Air Di Dulang, Terpercik Ke Muka Sendiri, Bikin Kecoh Betul!

| | 0 comments »

Susulan kenyataan yang agak keras daripada Zed Zaidi tentang artis yang dibayar lumayan untuk memburukkan kerajaan, Hairie Othman tampil membalas kata-kata yang dikeluarkan oleh Presiden Seniman itu. Menurut Hairie Othman, Zed Zaidi seperti menepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri. Kalau anda tak faham peribahasa ini, silalah tanya cikgu Bahasa Melayu anda.

Pakai Tudung Tapi...

| | 0 comments »
Pakai tudung tapi nampak rambut, lengan pendek, baju dan seluar ketat. Motif pakai tudung? saja nak bikin kecoh ke? atau tak sempat nak set rambut senelum keluar mungkin.


What say you?

Sunday, 16 September 2012

Gadis Bertudung Gambar Tidak Senonoh

| | 1 comments
Bagi kami tidak salah untuk anda mengenakan tudung, tapi ini agak tidak senonoh bila anda memakai tudung tapi bahagian bawah pula yang terdedah, "jangan kerana nila setitik habis susu belanga rosak". Gambar yang diupload di internet akan kekal buat selamanya, jadi sebelum bertidak fikir banyak kali dahulu sebelum upload gambar yang bukan2 di laman sesawan, ramai yang melihatnya dan mungkin ramai juga yang kurang selesa pabila melihat anda berpakai "sopan" sebegini.



Dibawah komen2 orang yang tidak selesa pabila melihat gambar ini:

Kenali Sam Bunkface dan Saleha lebih dekat lagi

| | 0 comments »


Siti Saleha binti Mohd Baharum, 22 atau lebih dikenali sebagai Siti Saleha merupakan seorang pelakon, model, dan model komersial. Dia berketurunan Inggeris dan Melayu, memiliki darah Inggeris daripada ibunya, Tracey Johnson atau Aishah Rahman yang mengahwini ayahnya, seorang lelaki penuh kemelayuan, Mohd. Baharom.

Beliau merupakan anak ketiga daripada empat orang adik-beradik. Adik kepada Sam Bunkface ini menunaskan bakatnya ke dalam dunia peragaan dan komersial sejak berusia 12 tahun. Mula menempa nama apabila watak Nora Elena yang dilakonkan olehnya disamping aktor kacak Aaron Aziz didalam drama bersiri Nora Elena yang disiarkan di TV3 mendapat sambutan hangat sehingga mencecah 1.3 juta penonton di laman Tonton.com

Friday, 14 September 2012

Siti Nurhaliza Debar Mananti Kelahiran 2012

| | 0 comments »
Siti Nurhaliza Hiasi Kulit Depan Majalah Nona Oktober 2012

Lama rasanya Dato’ Siti Nurhaliza tidak menghiasi kulit depan mana-mana majalah. Terbaru Dato’ Siti tampil dengan imej bertopi menghiasi majalah Nona edisi Oktober 2012. Memang lain daripada yang lain. Terserlah ke”class”an Dato’ Siti.


Dengan tajuk “Debar menanti kelahiran” membuatkan JK tertanya adakah Dato’ Siti Nurhaliza sudah berbadan dua? Atau kelahiran itu ialah kelahiran album barunya? Misteri sungguh!!! Pandai team editor majalah Nona buat tajuk.

Lagi GAMBAR?.......

Robert Pattinson Mahu Kristen Stewart Buang Semua Pakaian Dipakainya

| | 0 comments »
Kristen Stewart mungkin telah memberitahu wartawan yang dia dan Robert Pattinson ‘baik sahaja’, tetapi menurut laporan terbaru, itu bukan apa yang sebenarnya berlaku. Sejak gambar-gambar skandal Stewart dengan pengarah ‘Snow White and the Huntsman’ mula tersebar, aktres filem ‘Twilight’ itu dilihat di sekitar bandar mengenakan kemeja-T dan topi milik Pattinson. Kini, bekas teman lelakinya itu dikatakan mahu Kristen menanggalkan semua pakaian miliknya.


“Rob beritahu dia, yang dia tak mahu Kristen memakai pakaian miliknya di tempat awam kerana mereka bukan couple lagi,” sumber yang dekat dengan pasangan tersebut memberitahu OK! Magazine. “Dia beritahu Kristen untuk buang semua pakaiannya. Dia tidak mahu pakai pakaian itu dan dia tak mahu Kristen memakainya juga. Rob lebih dari marah pada Kristen.”

Rozita Che Wan Mahukan Lelaki Bujang

| | 0 comments »
Jika sebut nama Rozita Che Wan, pasti akan keluar cerita mengenai perkahwinannya. Sekejap ada gosip kata RCW (nama singkatan beliau) dah kawin, sekejap kata bakal berkahwin tahun ini. Macam-macamlah cerita yang keluar. Kadang-kadang kesian juga kat Che’ Ta nie.



Namun hari ini RCW tampil di Kosmo memberitahu yang dirinya masih belum mempunyai calon suami. Gosipnya dengan lelaki bernama Bob adalah palsu semata-mata. Ini bermakna peluang untuk anda yang mengidamkan RCW masih terbuka luas. Namun anda perlu ada kriteria di bawah seperti yang dimahukan oleh Rozita Che Wan:-

"Macam mana hendak kahwin jika calon pun belum ada. Hendak cari lelaki berduit memang senang, tetapi hendak cari lelaki yang baik, susah. Saya mahukan lelaki yang fleksibel dan tidak suka lelaki yang keras kepala. Saya juga tidak suka dengan lelaki yang sudah berkahwin".

True Reflection Wangian Terbaru Dari Kim Kardashian!

| | 0 comments »
True Reflection Wangian Terbaru Dari Kim Kardashian!


Simbahan wangian keseksian Kim Kardashian, pasti membuatkan orang disekeliling anda tertawan.

Harumannya yang menusuk ke kalbu dengan limpahan wangian True Reflection pasti membangkitkan aura kecantikan si gadis.

Minyak wangi yang mengiurkan ini menghasilkan bauan yang mengoda dan berahi. Larutan aroma wangian pada kulit anda bakal mencipta haruman terbaik yang sebenar.

Aroma wangian True Reflection adalah benar-benar feminin dimana penghasilan terdiri daripada buah-buahan yang hebat, air yang eksklusif dan bunga-bungaan ketenangan yang mampu memberikan komposisi seimbang.

Ianya dirumus khas daripada Night Blooming Gardenia, Chocolate Orchid, Lotus Flower, Textured Woods, Patchouli dan Skin Musk.

Simbahan keharuman ini diterapkan dengan unsur istimewa bagi membangkitkan keyakinan, kebijaksanaan dan glamor merangkumi setiap sisi anda.

Berikut merupakan iklan haruman kewangian True Reflection dari Kim Kardashian :

Tuesday, 11 September 2012

Suami Robin Sherbotsky (6 Gambar)

| | 0 comments »
Bagai pinang dibelah 2x2..Dammm!!!

Robin Sherbotsky a.k.a Cobie Smulders mengahwini tunang beliau Taran Killam hujung minggu yang lalu. Mereka akhirnya bernikah di California selepas bertunang semenjak 2009. Pasangan yang kami rasakan langusng tidak seperti pinang dibelah dua ini sudahpun mempunyai seorang anak Shaelyn Killam (3). Baguslah dah bernikah. Mesti ramai peminat How I Met Your Mother gigit jari kaki!


Lagi GAMBAR?...

Apple Kaya Design Inspirasi Dari Braun

| | 0 comments »
Apple telah berjaya meraih jutaan HARD DIE FAN daripada design product mereka sejak 15 tahun ini. Tapi product yang apple gah kan itu sebenarnya di inspirasi daripada design product sebuah syarikat dari German iaitu Braun. Braun beroperasi sekitar tahun 1950s dan 1960s. Adakah betul persoalan ini? Adakah Apple juga meniru design product syarikat lain?

Inpirasi app calculator iPhone adalah dari design calculator Braun

(Video) Gangnam Style Versi Cheerleader Cute!

| | 0 comments »
Dari artikel yang kami baca! Lagu Gangnam style ini adalah tentang kehidupan penduduk gangnam yang agak bersosial dengan keterlaluan dan aksi berkuda yang beliau tonjolkan adalah simbol kepada seorang lelaki PLAYBOY! betul ke? ke itu adalah satu lagi propaganda yang disebarkan oleh orang yang agak LULZ permikirannya.



Monday, 10 September 2012

Giliran Abby Jual Tubuh Demi Parti Politik

| | 0 comments »

MASIH teguh dalam usaha mendekatkan diri dengan ilmu agama, penghijrahan Abby Abadi dalam dunia politik (Pas) mengundang pelbagai reaksi.

Abby bukan saja semakin pandai berkata-kata mengenai ilmu agama, bahkan juga semakin berani mengkritik orang di sekelilingnya.

Selepas isunya mempertikaikan kenyataan Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin, mengenai hukum hudud, Abby kembali memanaskan 'alam maya' apabila membuat pengakuan ada individu menuduhnya menjual badan dan muka semata-mata untuk parti.


Sunday, 9 September 2012

(Video) Oppa Gangnam Style Parody Miss Korea 2012 Cun Giler!

| | 0 comments »
Wuhuuuu I LIKE!!!


Ini pula video MIKO STYLE!!! semua pakat buat parody Gangnam Style!! siap menari kuda kuda lagi awek comel ni. Admin layan kot video cam gini tambah awek KOREAN wuuuhuu I LIKE!!



cuba korang tengok bakal Miss Korea ni! Lawa GILER!! menyesal korang tak tengok video ni. Sekali Miss Korea ni senyum mahu tak lemah lutut korang. ahhaha

Julia Perez Ini Hina Islam Dengan Tatu Lafaz Azam?

| | 0 comments »
Pelakon seksi Julia Perez membuat tatu di bawah dan menyebabkan butthurt tahap nanah di Indonesia. Pelakon filem tayang dada dan berbakat seperti sebatang lembing ini kini dikecam oleh ulama Indonesia yang merasakan beliau menghina agama Islam. Apa pendapat anda. Adakah tatu ini menghina Islam?


Wanita Gemuk Miliki Tubuh Supermodel (10 Gambar)

| | 0 comments »
Uhss! tubuhku yang seksi

Ramai wanita diluar sana inginkan tubuh yang seksi senang cakap tubuh yang mengiurkan. Tapi apakah daya nafsu makan tak boleh nak handle. Tapi kali ini kami ingin berikan semangat pada kaum hawa diluar sana bagaimana rasanya tubuh yang berisi mejadi supermodel. Mesti hebat kan? anda tak mahu ke tubuh yang sebegini? APA YANG KECOH NYA?


Saturday, 8 September 2012

Oppa Gangnam Style (INFOGRAFIK)

| | 0 comments »
Op Op Op Op Oppa Gangnam Style!


Thursday, 6 September 2012

Artis Malaysia Paling Cun dan Seksa Dilihat! (18 Gambar)

| | 6 comments »

Hidup sebagai artis ini memang la sangat sukar dan terseksa, lagi-lagi artis perempuan...asal baru je nak naik skit dah kena gosip..kepada mereka yang baru2 nak berjinak untuk menjadi artis ni, bawak2 lah berhati-hati, cuba ingat kembali ada tak gambar-gambar 18sx yang anda simpan??

kalau ade cari semua...buang dulu...gambar berasmara ke gambar pelok-pelok ke...gambar berpakaian...semua kena jaga..itu pesanan je,,tak ikot pun tak pe....tapi kali ini..jum kita tengok artis mana yang paling cantik dan seksa kita tgk...( seksa tu terliur lah jawapannya ok)...


Fasha Sanda

Rozita Che Wan

Tuesday, 4 September 2012

Fezrul Khan Bini-Bini Perkasa Galas Tugas Shaheizy Sam

| | 0 comments »


Trend drama bersiri yang diadaptasi daripada filem bukanlah perkara baru. Terbaru Bini-Bini Perkasa adalah drama bersiri 13 episod yang diadaptasi daripada filem Bini-Biniku Gangster terbitan MIG Production Sdn. Bhd. yang akan ditayangkan di TV3 setiap Isnin pukul 9 malam mulai 3 September ini.

Biasanya para pelakon utama yang sama ditonjolkan dalam sesebuah drama yang diadaptasi itu diambil daripada filem asal karya tersebut. Namun ia berlainan dengan Bini-Bini Perkasa yang sepatutnya menampilkan Shahiezy Sam sebagai pelakon utama watak Hairi tetapi ia digantikan dengan Fezrul Khan.

Shah Rukh Khan Sambut Aidilfitri Kecoh Ke?

| | 0 comments »
Shah Rukh Khan Sambut Aidilfitri Kecoh Ke?



Kebiasaannya bintang tersohor Bollywood, Shah Rukh Khan akan menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama isterinya, Gauri dan anak-anak, Aryan dan Suhana serta kakaknya, Lala Rukh.

Namun, disebabkan kesibukan tugasnya sebagai seorang pelakon, kali ini dia terpaksa beraya bersendirian.

Hero Bollywood itu terpaksa beraya di lokasi penggambaran filem terbarunya di Ladakh dan Kashmir, sejak beberapa hari sebelum ketibaan Aidilfitri.

“Selamat hari raya untuk semua. Semoga Allah mengurniakan kita semua kebahagiaan. Saya sangat teruja untuk bertakbir di lembah asing di Ladakh ini, insya-Allah.

Sham Kamikaze persoal 'Gangnam Style' 'Saya Ingin Menjadi Yahudi'

| | 0 comments »


Heboh sana sini, masyarakat memperkatakan mengenai muzik lagu Korea, Oppa Gangnam Style atau lebih dikenali Gangnam Style yang mencipta fenomena termasuk di negara kita.

Meraih populariti berganda secara mendadak sejak video tarian ini diperkenalkan melalui Youtube, Jae Sang Park, atau PSY mencuri perhatian ramai.

Sehingga kini, jumlah tontonan video lagu ini di Youtube melebihi 80 juta penonton sekali gus mengangkat nama PSY sebagai superstar.

ShareThis