Friday, 14 September 2012

Robert Pattinson Mahu Kristen Stewart Buang Semua Pakaian Dipakainya

| |
Kristen Stewart mungkin telah memberitahu wartawan yang dia dan Robert Pattinson ‘baik sahaja’, tetapi menurut laporan terbaru, itu bukan apa yang sebenarnya berlaku. Sejak gambar-gambar skandal Stewart dengan pengarah ‘Snow White and the Huntsman’ mula tersebar, aktres filem ‘Twilight’ itu dilihat di sekitar bandar mengenakan kemeja-T dan topi milik Pattinson. Kini, bekas teman lelakinya itu dikatakan mahu Kristen menanggalkan semua pakaian miliknya.


“Rob beritahu dia, yang dia tak mahu Kristen memakai pakaian miliknya di tempat awam kerana mereka bukan couple lagi,” sumber yang dekat dengan pasangan tersebut memberitahu OK! Magazine. “Dia beritahu Kristen untuk buang semua pakaiannya. Dia tidak mahu pakai pakaian itu dan dia tak mahu Kristen memakainya juga. Rob lebih dari marah pada Kristen.”



Bertemu pertama kali di set penggambaran filem “Twilight” pada tahun 2008, Stewart dan Pattinson bercinta selama tiga tahun sebelum perhubungan mereka digegarkan Julai lepas dengan foto-foto intim Kristen bersama pengarah filem “Snow White and the Huntsman”. Foto-foto itu memaparkan Kristen bersiar-siar sekeliling Bandar dengan Rupert yang sudah berkahwin di kawasan-kawasan tersorok. Bukan itu saja, gambar-gambar kecurangan Kristen itu turut memaparkan Kristen memakai topi L.A Dodgers milik Pattinson pada hari tersebut.

Setelah foto-foto itu diterbitkan dan skandal itu mendapat perhatian umum, Stewart dan Pattinson berpindah keluar dari rumah yang mereka kongsi bersama, tapi nampaknya Stewart masih tidak melepaskan sebilangan item yang bukan miliknya. Dalam usaha untuk ‘memujuk’ Pattinson, Stewart dilihat banyak kali memakai pakaian milik Pattinson di tempat awam. Kristen dilihat mengenakan topi-topi, kemeja-T milik Pattinson dan barang-barang kemas hadiah Pattinson padanya.

Pattinson dikatakan amat kecewa dengan kecurangan Kristen. Pelakon kacak itu dikatakan bercadang untuk melamar Stewart sebelum gambar-gambar kecurangan itu didedahkan.
Ditanya sama ada dia bimbang dengan publisiti buruk berkenaan hubungannya dengan Pattinson, Stewart menjawab, “semuanya akan baik untuk kami. Kami baik saja”.

0 comments:

Post a Comment

ShareThis