Monday 17 September 2012

(7 Gambar) Peserta America's Next Top Model Kini Penagih Tegar

| |

Jael Strauss (28) ialah peserta musim ke 8 yang kami ingat sangat kerana beliau bersuara serak basah dan mempunyai masalah peribadi. Beliau mengaku mempunyai masalah penggunaan dadah dan ketika rancangan dirakam seorang teman beliau meninggal dunia kerana overdose. Ini cerita 6 tahun dahulu dan kami terkejut apabila membaca laporan berita Jael kini hidup sebagai seorang gelandangan kerana ketagihan dadah jenis Methampehtamine yang tegar. Beliau dahulu seorang wanita yang kurus tetapi kini kelihatan semakin kurus seperti banduan kem Auschwitz . Kulit muka dan badan beliau kini dipenuhi parut dan keruping yang merupakan kesan penggunaan Meth jangka panjang.


Beliau kini cuba diselamatkan abang dan ibu beliau dari terus hidup sebagai seorang penagih. Dengan bantuan Dr Phil (doktor yang kerap muncul di dalam rancangan OPRAH) , keluarag Jael berharap beliau dapat diselamatkan sebelum meninggal dunia. Kami di Blogserius berharap beliau dapat membebaskan diri dari terus dibelenggu ketagihan meth. Walaupun kami tidak minat beliau ketika muncul di dalam ANTM, kami tak sanggup melihat perubahan fizikal beliau yang sangat sedih.
Lagi GAMBAR?....

0 comments:

Post a Comment

ShareThis