Tuesday, 4 September 2012

Shah Rukh Khan Sambut Aidilfitri Kecoh Ke?

| |
Shah Rukh Khan Sambut Aidilfitri Kecoh Ke?



Kebiasaannya bintang tersohor Bollywood, Shah Rukh Khan akan menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama isterinya, Gauri dan anak-anak, Aryan dan Suhana serta kakaknya, Lala Rukh.

Namun, disebabkan kesibukan tugasnya sebagai seorang pelakon, kali ini dia terpaksa beraya bersendirian.

Hero Bollywood itu terpaksa beraya di lokasi penggambaran filem terbarunya di Ladakh dan Kashmir, sejak beberapa hari sebelum ketibaan Aidilfitri.

“Selamat hari raya untuk semua. Semoga Allah mengurniakan kita semua kebahagiaan. Saya sangat teruja untuk bertakbir di lembah asing di Ladakh ini, insya-Allah.

“Bersendirian beraya kali ini di sebatang jalan yang dingin, di mana-mana saja… hanya memeluk tubuh, merayakan hari bahagia dengan rasa gembira,” katanya dalam laman Twitter miliknya.

Sumber:

2 comments:

Post a Comment

ShareThis