Sunday, 16 September 2012

Kenali Sam Bunkface dan Saleha lebih dekat lagi

| |


Siti Saleha binti Mohd Baharum, 22 atau lebih dikenali sebagai Siti Saleha merupakan seorang pelakon, model, dan model komersial. Dia berketurunan Inggeris dan Melayu, memiliki darah Inggeris daripada ibunya, Tracey Johnson atau Aishah Rahman yang mengahwini ayahnya, seorang lelaki penuh kemelayuan, Mohd. Baharom.

Beliau merupakan anak ketiga daripada empat orang adik-beradik. Adik kepada Sam Bunkface ini menunaskan bakatnya ke dalam dunia peragaan dan komersial sejak berusia 12 tahun. Mula menempa nama apabila watak Nora Elena yang dilakonkan olehnya disamping aktor kacak Aaron Aziz didalam drama bersiri Nora Elena yang disiarkan di TV3 mendapat sambutan hangat sehingga mencecah 1.3 juta penonton di laman Tonton.com


Dia lahir di Hospital Basildon, England pada 14 Mac 1990 dan berpindah ke Malaysia (sekitar Klang, Selangor) apabila umurnya mencecah 4 tahun.

Bakat Sam Bunkface mewarisi bakat ibunya walaupun tidak ada sesiapa dalam keluarga mereka terlibat dengan dunia hiburan secara serius. Tetapi memang mereka adik-beradik didedahkan dengan muzik, lakonan dan peragaan sejak kecil lagi. Ayahnya juga yang bertanggungjawab mendapatkan tawaran pertama untuk Saleha dalam iklan komersial sehingga mendapat tawaran berlakon. Saleha mempunyai seorang kakak yang mengikut ibunya pulang ke England apabila kedua ibubapanya bercerai.

Tidak hairanlah Saleha dan juga Sam mempunyai wajah yang begitu indah dan sempurna.

JUST KECOH : MINAT DENGAN SAM BUNKFACE. BAKATNYA OH!SEM.

2 comments:

Post a Comment

ShareThis